PERANAN ARKITEK
Secara tradisionalnya peranan Arkitek adalah sepertimana peranan yang dipertanggungjawabkan kepada semua profesional yang lain.Peranan seorang Arkitek Profesional adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Pelanggan/Kliennya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka. Arkitek bertanggungjawab menyediakan rekabentuk bangunan yang memenuhi kehendak pemiliknya, penghuninya atau majikannya [Klien].
Seorang Arkitek Profesional beperanan memelihara kesetabilan susunan struktur masyarakat agar terpelihara dari sebarang unsur ketidakadilan dan penganiyaan. Sebagai contoh apabila seorang Arkitek dilantik untuk memberikan perkhidmatannya untuk satu projek pembangunan perumahan, dia perlulah bertingkahlaku dan bertindak secara profesional dengan tidak memihak kepada mereka yang melakukan kesalahan atau kemungkiran terhadap orang ketiga seperti pembeli rumah atau masyarakat am lain yang berurusan dan terlibat dalam projek tersebut.
Arkitek bertanggungjawab memastikan peranan yang dimainkannya adalah mengikut perkembangan kehendak dan permintaan masyarakat yang sentiasa selari dengan perubahan masa serta perlu bertindak dengan sewajarnya terhadap kehendak dan permintaan masyarakat tersebut secara profesional.
Untuk memahami dengan lebih mudah tentang peranan seorang Arkitek Profesional, huraian boleh dibuat mengikut pecahan beberapa aspek berikut:
i. Aspek Tanggungjawab,
ii. Aspek Imej; dan
iii. Aspek Kredibiliti dan Kemampuan, yang perlu dimiliki dan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat kepadanya.
No comments:
Post a Comment