Pages

Followers

Wednesday, June 27, 2018

KELULUSAN PELAN

          Setiap pelan, lukisan atau kiraan yang berkenaan dengan sesebuah bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang yang berkelayakan seperti arkitek, pelukis pelan bangunan atau jurutera. Pihak berkuasa tempatan boleh mengembalikan pelan lukisan yang dikemukakan kepada orang yang berkelayakan jika terdapat kesilapan dalam lukisan tersebut.
          Semua pelan lukisan yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh orang yang berkelayakan dan pemilik projek tersebut atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemilik itu. Orang yang berkelayakan mengemukakan pelan itu hendaklah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan wajar sehingga semua kerja tersebut siap.
          Semua pelan bangunan hendaklah diserahkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan. Satu set daripada pelan itu hendaklah dibuat di atas linen atau bahan lain yang tahan digunakan serta boleh tahan lama dan set ini berserta satu set lain hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan set ketiga hendaklah dikembalikan kepada pemilik projek berkenaan setelah ia diluluskan.
          Jika pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan itu hendaklah dikembalikan dengan satu pernyataan yang menerangkan sebab-sebab pelan itu tidak diluluskan.
 
PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN
  1. Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diluluskan, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 70 Akta, hendaklah:-
  • didepositkan di pejabat pihak berkuasa tempatan bersama dengan fee yang ditetapkan bagi pengemukaan pelan-pelan itu mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini;
  • mengandungi suatu pernyataan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;
  • mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan
  • dilampirkan bersama-samanya suatu salinan bersetem pelan tapak yang relevan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten dan diperakukan dalam masa dua belas bulan kelendar sebelum tarikh pelan-pelan bangunan itu didepositkan, melainkan jika selainnya dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan.
    2.   Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.
   3.   Sesuatu pihak berkuasa tempatan, jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompotenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.
 
   4.    Sesuatu pihak berkuasa tempatan hendaklah menerima mana-mana pelan, lukisan atau kiraan yang telah dikembalikan jika pelan, lukisan atau kiraan itu dikemukakan semula bersama dengan suatu perakuan daripada pihak berkuasa berkenaan yang kompeten yang bertanggungjawab bagi pendaftaran orang berkelayakan itu, memperakui bahawa pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di dalam kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya.

    5.   Jika di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan, lukisan atau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan, tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan wajar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda, mengikut mana berkenaan, bangunan itu.

6. (1) Semua pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh orang berkelayakan dan oleh pemunya atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemunya itu.

(2) Pihak berkuasa tempatan, jika berpuashati bahawa pemunya premis itu telah enggan atau tidak melaksanakan apa-apa kerja yang dikehendaki supaya dilaksanakan olehnya di bawah Akta, mengarah pemunya premis tersebut secara bertulis melaksanakan apa-apa kerja yang berkenaan.

7. (1) Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan itu hendaklah bertanggungjawab atas pelaksanaan wajar semua kerja dan hendaklah terus bertanggungjawab sedemikian sehingga kerja-kerja itu siap melainkan:-
(a) dengan persetujuan pihak berkuasa tempatan itu orang berkelayakan lain dilantik untuk mengambil alih; atau
(b) pihak berkuasa tempatan itu bersetuju menerima penarikan balik atau penggantiannya atas permintaan pemunya dengan syarat bahawa pembinaan bangunan itu belum lagi bermula.

(2) Jika pihak berkuasa tempatan itu bersetuju menerima penarikan balik atau penggantian orang berkelayakan di bawah perenggan (1) (b) undang-undang kecil 7 kerja-kerja itu tidak boleh dimulakan sehingga orang berkelayakan lain dilantik untuk mengambil alih.

(3) Jika mana-mana yang berkelayakan yang telah mengemukakan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan telah mati atau menjadi bankrap atau tidak boleh dijumpai atau pendaftarannya telah dipotong daripada daftar atau oleh apa-apa sebab lain telah berhenti daripada menjalankan amalannya, maka pemunya atau penduduk itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik melantik orang berkelayakan yang lain untuk bertindak bagi pihaknya dan untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi kepada pihak berkuasa tempatan mengenai hal keadaan itu.

8. (1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan.

(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat atas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.

(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab-sebab ia tidak diluluskan.

(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja pihak berkuasa tempatan boleh dipercepatkan.

TANGGUNGJAWAB ARKITEK


Sebagai seorang profesional secara tradisionalnya, Arkitek hendaklah:     
1.     Melaksanakan dan membuat penilaian dengan cekap setelah melakukan analisa yang rapi sebelum satu keputusan yang bijak dan muktamad dibuat, 
2.     Berpengetahuan dalam bidang pengurusan serta berkemampuan mengendalikan praktis senibina yang bersistematik dan berdayamaju dan baik dalam ‘public relation’ [PR], 
3.     Berkemampuan dalam semua hal yang bersangkutan dengan aspek alam semulajadi, kemasyarakatan dan undang-undang yang relevan, 
4.     Sentiasa melengkapi diri dengan kepakaran teknikal dan pelbagai kepakaran lain yang relevan, untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang kesenibinaan khususnya dalam bidang rekabentuk dan teknik binaan. Kepakaran yang dimaksudkan boleh dijelaskan sepertimana berikut: 
Berwibawa menasihatkan Klien/Pemilik Bangunan tentang kesesuaian sesuatu cadangan rekabentuk agar ianya menepati fungsi, teknik pembinaan dan kos diperlukan, 
Bijak menentukan secara am susunan rekabentuk dan pembina
Terlatih untuk menyediakan Lukisan Kerja supaya bangunan mudah diterjemahkan oleh kontraktor bangunan di tapak yang dicadangkan; dan 
Bersedia memberikan khidmat nasihat kepada Klien/Pemilik Bangunan tentang keperluan perancangan mengikut keperluan perundangan seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, ‘Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984’ [Uniform Building By Laws 1984 – UBBL] dan pelbagai keperluan lain yang relevan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Agensi Teknikal Tempatan di kawasan dimana bangunan tersebut dicadang untuk dibina.  
5. Untuk hal-hal berkaitan pengurusan kontrak binaan, Arkitek sebagai juruperunding kepada Pelanggan/Klien sebagai Majikan [Borang Kontrak Seragam PAM atau apa sahaja borang kontrak seragam yang lazim digunakan, yang walaupun hanya mengikat di antara Kontraktor dan Majikan], Arkitek adalah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir perjalanan pengurusan kontrak tersebut yang mana seorang Arkitek:  
(a)  Perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh teliti, tekun dan bijaksana serta secara profesional sepertimana yang telah digariskan oleh terma pertugasan [Syarat-Syarat Pertugasan Arkitek] dan syarat ikatan perjanjian perlantikannya [MoA] yang telah dimeterikan, 
(b) Adalah seorang penimbangtara [arbiter or quasi-arbitrator] yang adil. Ia mestilah membuat satu keputusan yang tidak berat sebelah apabila mentadbir pelbagai hal yang berkaitan dengan ikatan kontrak di antara Pelanggan/Klien dan Kontraktor serta siapa sahaja pihak ketiga yang ada terlibat di dalam kontrak tersebut dimana beliau juga adalah Pegawai Penguasa [SO]. 
(c)  Pakar mengendalikan kerja-kerja di tapak secara profesional mengikut kehendak terma kontrak di antara Pelanggan/Klien dan kontraktor yang telah dimeterikan kerana selain sebagai Pegawai Penguasa [SO], Arkitek juga adalah seorang pengurus projek. Apabila dilantik sebagai pengurus projek beberapa perkara di bawah adalah dipertanggungjawabkan dan mesti diambil perhatian sepenuhnya: 
Sistem pengurusan yang efisyen dan penjadualan masa yang betul; 
Kefahaman yang tepat dan sensitif dengan persekitaran untuk menghasilkan idea rekabentuk yang baik; 
Memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang dan piawaian yang berkaitan dengan bangunan atau pembangunan amnya;    
Menyediakan butiran piawaian (standard) bagi memudahkan perlaksanaan projek; dan 
 Rujukan lengkap perlu dibuat samada dengan mendapatkan sumbernya dari orang perseorangan, bahan bacaan, jabatan atau agensi yang berkaitan.  




6. Profesion Arkitek adalah juga dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tanggungjawab dari segi perundangan sepertimana di bawah: 
§        Akta Arkitek 1967 [Architect Acts 1967] yang menetapkan Kod Tata Kelakuan Profesionalnya [Professional Code of Ethics] dan Skel Fee Minimum [Minimum Scale of Fees] – Memorandum Perjanjian [Memorandum of Agreement] di antara Pelanggan/Klien/Majikan dengan Arkitek yang disyaratkan oleh LAM dalam perjanjian perlantikan perkhidmatan Arkitek jelas menyenaraikan tanggungjawab Arkitek kepada Majikan/Pelanggan/Kliennya tersebut. 
§        Sebagai orang yang memohon kelulusan pelan bangunan di bawah kawalan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [Principal Submitting Person under UBBL 1984], dan mutakhir ini pula Arkitek Profesional dipertanggungjawabkan mengeluarkan CCC.
§        Sebagai orang yang membuat perakuan kepada Perakuan Kesiapan Kerja di bawah Akta Pemajuan Perumahan [Housing development Act] – kandungan Perjanjian Jual dan Beli [Sales and Purchase Agreement – S&P] di antara Pembeli dan Pemaju di dalam Klausa tertentu yang memperihalkan dan menggariskan tanggungjawab Arkitek sebagai orang yang bertanggungjawab memastikan Pembeli memperolehi haknya.    
§        Seorang Arkitek bukan sahaja bertanggungjawab mematuhi undang-undang khusus untuk bangunan tetapi undang-undang am lain juga. 








 

PERANAN ARKITEK

PERANAN ARKITEK

Secara tradisionalnya peranan Arkitek adalah sepertimana peranan yang dipertanggungjawabkan kepada semua profesional yang lain. 

Peranan seorang Arkitek Profesional adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Pelanggan/Kliennya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka. Arkitek bertanggungjawab menyediakan rekabentuk bangunan yang memenuhi kehendak pemiliknya, penghuninya atau majikannya [Klien].  

Seorang Arkitek Profesional beperanan memelihara kesetabilan susunan struktur masyarakat agar terpelihara dari sebarang unsur ketidakadilan dan penganiyaan. Sebagai contoh apabila seorang Arkitek dilantik untuk memberikan perkhidmatannya untuk satu projek pembangunan perumahan, dia perlulah bertingkahlaku dan bertindak secara profesional dengan tidak memihak kepada mereka yang melakukan kesalahan atau kemungkiran terhadap orang ketiga seperti pembeli rumah atau masyarakat am lain yang berurusan dan terlibat dalam projek tersebut.   

Arkitek bertanggungjawab memastikan peranan yang dimainkannya adalah mengikut perkembangan kehendak dan permintaan masyarakat yang sentiasa selari dengan perubahan masa serta perlu bertindak dengan sewajarnya terhadap kehendak dan permintaan masyarakat tersebut secara profesional.  

Untuk memahami dengan lebih mudah tentang peranan seorang Arkitek Profesional, huraian boleh dibuat mengikut pecahan beberapa aspek berikut: 
i.                    Aspek Tanggungjawab,  
ii.                  Aspek Imej; dan 
iii.                Aspek Kredibiliti dan Kemampuan, yang perlu dimiliki dan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat kepadanya.      






 

APA ITU LUKISAN PELAN?

Kali ini kami akan share apa itu LUKISAN PELAN.

Dalam hal ini dikhaskan kepada Pelan Arkitek atau Lukisan Senibina yg amat mudah utk pembaca memahaminya.

Lukisan Pelan atau Senibina selalunya mengandungi eleman-eleman yg menyatakan dengan jelas segala bentuk ruang serta saiz bagi sesuatu rekabentuk bangunan itu.

Disini secara ringkas disenenaraikan keperluan asas bagi sesuatu Lukisan Pelan yg lengkap.
Pelan lukisan harus  mengandungi eleman-elemem berikut:-

1: Pelan – menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.

2. Pelan Lokasi – menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.*

3. Pelan Tapak – mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.*

4. Pelan Lantai – mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung.

5. Pandangan – menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.

6. Keratan – menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina,

7. Sanitari – Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.

8. Sistem Bekalan Air – menunjukkan kan susun atur sistem bekalan air paip.

9. Lukisan Terperinci – Lukisan yang menunjukan kan rekabentuk yg lebih terperinci bagi bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT atau agensi berkaitan.

Pesanan : Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada  khidmatmelukisplan@gmail.com atau call/wassap ke 017 284 2982